1) Semak daftar lessen agensi umrah – Penting untuk kita tahu bahawa bukan semua agensi pelancongan boleh menawarkan pakej umrah.
2) Selidik Latar Belakang Agensi Umrah (Pengendali / Pengelola) – Selidik lebih mendalam mengenai agensi tersebut dan membuat semakan mengenai latar belakang syarikat.
3) Kandungan Asas Brosur Agensi – Pastikan pakej yang ditawarkan oleh ejen umrah tersebut merangkumi semua perkara ini.
• Tiket penerbangan pergi dan balik
• Visa Umrah
• Penginapan
• Operator yang sah / ‘Ground transport’
• Makanan
• Lawatan / ziarah
• Diiringi oleh wakil syarikat
• Mutawif
• Perlindungan skim takaful umrah untuk kecemasan, sakit, atau kematian
4) Fahami dengan betul pakej umrah yang ditawarkan – Fahami dengan betul pakej yang ditawarkan, terutama pakej-pakej yang mengandungi tawaran yang nampak istimewa dan berlainan daripada pakej disediakan oleh syarikat.
5) Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan – Walaupun harga minimum telah ditetapkan, ada banyak perkara yang boleh menjadikan sesuatu pakej mempunyai harga yang berlainan.