MKM Ticketing Travel & Tours

Aktiviti ziarah Jaaranah Mekah MKM

Aktiviti ziarah Jaaranah Mekah MKM, group Umrah Menara Jam diketuai oleh Ustaz Hilmi Salam (VIP) dan Ustaz Rashid.

Perjalanan bermula melewati kawasan persembunyian Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar assiddiq sebelum memulakan hijrah ke Madinah. Seterusnya melalui kawasan Nabi s.a.w memberi khutbah perpisahan serta mengimamkan solat zohor dan asar lebih dari 100,000 orang sahabat pada hari Arafah,Haji terakhir Nabi s.a.w. Jemaah dibawa melihat kawasan wukuf Nabi s.a.w.

Perjalanan diteruskan melalui kawasan peristiwa dimana Nabi Ibrahim a.s nak melaksanakan arahan Allah untuk korbankan Nabi Ismail a.s lalu digantikan oleh Allah seekor kibas sebagai penebus. Seterusnya ke tempat persinggahan Nabi s.a.w pada tahun ke8 hijrah selepas berlakunya peperangan Hunain bagi membahagikan tawanan serta harta rampasan perang Hawazin. Perjalanan pulang ke Hotel Menara Jam melalui tempat Nabi s.a.w beribadah sendirian sehingga bertemunya malaikat Jibril buat pertama kali dalam rupa bentuk asal.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Signup for our newsletter to get updated information, promotion & Insight
Download APP sekarang
Special Offer
Book now and let us guide you on a spiritual Journey
Get PROMO