- Memakai Mask – Pakailah walaupun anda merasa tidak selesa demi menjaga kesihatan anda dan tidak mudah dijangkiti bakteria disana.
- Perbanyak minum air – Terpulang kepada anda sama ada minum air zam-zam ataupun beli air minuman di kedai runcit dan jangan sesekali minum air tadahan paip walaupun sudah masak.
- Memakai kaca mata gelap – Memakai kaca mata gelap juga dapat mengelakkan dari sakit kepala dan pening kepala.
- Membawa sejadah atau kain lapik – Ketika panas letakkan sejadah tersebut di atas kepala dan jangan biasakan kepala terdedah kepada sinaran terik matahari kerana mudah pengesan.
- Minimumkan berjalan di bawah terik matahari – Kita tidak boleh nak mengelakkan 100% dari sinaran matahari yang terik tetapi kita mampu untuk mengawal diri kita berjalan pada waktu panas terik seperti pilih waktu yang sesuai untuk solat waktu ke masjid.
- Minum susu masam /LABAN – Laban ini dapat menurunkan suhu badan anda dan boleh didapati susu ini di kedai runcit disana dengan harga sar1 sahaja.